warnasari bahasa

Wednesday, January 04, 2006

Baik Hati

Juwina adalah seorang murid darjah enam. Apabila dia hendak pulang ke rumah, dia terjumpa dengan seorang nenek tua. Dia pun menolong nenek tua itu dengan mengangkatkan bakulnya.

Keesokannya, semasa Juwina hendak pergi ke sekolah, dia terjumpa lagi dengan nenek tua itu. Sekarang nenek tua itu mengangkat banyak barang. Dia terus menolong nenek tua itu.

Lusanya, Juwina mendapat sebuah hadiah yang besar. Dia berasa amat hairan menerima hadiah itu. Guru besar menerangkan kepadanya bahawa dia sungguh baik hati untuk menolong nenek tua itu dan nenek tua itu membalas jasanya dengan membelikannya hadiah.



AMBIL HATI

Ada seorang budak bernama Ikram. Dia bersekolah di Sekolah Rendah West Grove. Ikram ialah seorang budak yang sopan dan baik. Ibu Sulaiman sangat suka dengan Ikram kerana dia suka tolong-menolong. Pada suatu hari kawan baik Sulaiman dipukul oleh murid sekolah menengah. Ikram ambil hati dengan kelakuan murid sekolah menengah itu kerana kawan baik Ikram tidak bersalah.



Berat Sebelah

Anwar seorang lelaki yang bekerja di kopitiam. Kopitiam itu adalah kedainya. Kedainya terdapat macam-macam jenis makanan. Dia jarang datang ke kedainya untuk menolong pekerjanya. Suatu hari, dia berat sebelah apabila memberi gaji pada pekerjanya. Dia memotong gaji beberapa pekerja tanpa alasan yang baik. Pekerja yang dia suka diberi gaji yang lumayan manakala pekerja yang dia tidak suka dipotong gaji mereka. Lama-kelamaan, semakin ramai pekerjanya yang berhenti kerja kerana tidak mahu bekerja dengan orang yang berat sebelah dan tidak adil.




KERAS HATI

Alif, seorang murid yang belajar di Sekolah Rendah West Grove. Dia selalu menghadiri kelas tambahan dan aktiviti korikulum yang diberikan oleh cikgunya kerana dia seorang murid yang lemah dalam pelajaran.

Sampai sahaja di rumah, Alif akan menghabiskan masanya mengulangkaji pelajarannya. Dia jarang keluar bermain dengan kawan-kawannya kerana tidak mahu membuang masa. Walaupun dia disuruh ibunya untuk bermain, Alif tetap berkeras hati untuk terus mengulangkaji pelajarannya. Dia tidak mahu gagal dalam peperiksaan.


Batu Api

Amir suka menghasut dan melaga-lagakan rakan-rakannya yang lain sehingga berlaku pergaduhan dan pertengkaran. Semua rakan-rakannya tidak suka berkawan dengannya. Dia suka mencemburukan kawannya. Pada hari itu, rakan Amir yang dihasut olehnya sudah mendapat tahu yang Amir menipunya dan telah menjadi batu api semua pertengkarannya dengan kawan-kawan yang lain. Rakannya itu sudah tidak lagi percaya dengan Amir lagi.



Berat Tangan

Ali seorang murid Sekolah Rendah Boon Lay. Dia suka bermain dengan rakannya tetapi dia tidak suka menolong orang.

Pada suatu hari, ibunya hendak masak lauk asam pedas, tetapi dia tiada minyak. "Ali, boleh kamu tolong?” tanya ibunya.

"Saya malas, kalau hendak sangat minyak, belilah sendiri!" jawab Ali kepada ibunya.

Ibunya sangat marah kepadanya. Ibu Ali berpesan agar dia rajin menolong orang dan jangan menjadi orang yang berat tangan.

1 Comments:

At 10:46 PM, Blogger alisha said...

the title about berat tangan kan peribahasa?ade ke cerita pakai title using peribahasa?huh

 

Post a Comment

<< Home