Khabar Angin
Di dalam sebuah kampung, ada seorang budak bernama Arif. Dia berasal dari sebuah keluarga yang miskin. Dia menolong ayahnya bekerja di dusun buah-buahan mereka. Arif menolong ayahnya membersihkan dusun itu.
Pada satu hari, ada bunyi ketukan di pintu. Arif membuka pintu kerana ibunya sedang memasak di dapur. Apabila dia membuka pintu, kawan bapa Arif berkata, "Orang Belanda telah datang untuk ambil tanah kita! Arif, pergi tolong sampaikan mesej ini kepada Ayah."
Arif fikir itu pasti hanya khabar angin. Arif tidak memberitahu ayahnya.
Esok harinya, kawan Arif sendiri datang dan memberitahunya yang berita itu adalah berita yang tidak benar.
Ambil Angin
Hari itu, Irfan sekeluarga hendak mengambil angin di pantai Changi. Sebelum keluar rumah, ayah Irfan mengangkat gagang telefon yang berdering. Selepas meletakkan gagang telefon, ayah Irfan berkata bahawa datuk Irfan meninggal dunia di Mekkah. Ibu Irfan memberitahu Irfan yang rancangan mereka bersiar-siar di pantai Changi terpaksa dibatalkan. Wajah Irfan menjadi muram kerana dia sangat sayang datuknya.
BUAH MULUT
Alif tidak tahu bermain bola. Dia tidak mahu memberitahu kepada sesiapa hanya kepada kawan baiknya, Azman. Azman tidak boleh menyimpan rahsia.
Keesokan harinya, Azman memberitahu rahsia Alif kepada kawan-kawannya yang lain. Mereka terus mencari Alif untuk mengusiknya. Alif berasa marah kerana kawan baiknya telah memberitahu rahsianya kepada kawan-kawannya. Sekarang rahsia Alif sudah menjadi buah mulut orang. Alif pun pergi mencari Azman untuk memarahinya. Azman segera meminta maaf kepada Alif.
Semenjak hari itu, Alif tidak berkawan dengan Azman.
Harga Mati
Alif dan ibunya sedang berjalan ke pasar. Dia dan ibunya hendak membeli bahan untuk masak makan malam. Ibunya pergi ke kedai untuk membeli daging. Dia cuba memujuk penjual daging itu supaya mengurangkan harga daging itu. Malangnya, penjual daging itu tidak ingin melakukannya kerana harga daging itu harga mati.
Alas Perut
Pada hari Rabu yang lalu, saya ada kelas tambahan di sekolah. Setelah kelas tambahan saya sudah selesai, saya terus pulang ke rumah dengan perut kosong. Tiba di rumah, saya terus berlari ke dapur untuk makan. Saya dapati ibu saya belum lagi masak. Untuk menahan lapar, saya mencari biskut untuk alas perut.
Buah Tangan
Apabila Encik Osman dirawat di hospital, saya sekeluarga melawatnya dan membawa buah tangan. Apabila Encik Osman melihat kami datang, dia berasa sangat gembira kerana dia sudah lama tidak nampak saya sekeluarga. Encik Osman telah mendapat beberapa buah tangan seperti sejambak bunga, biskut dan coklat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home