Hati Batu
Afiq adalah seorang budak yang tinggal di sebuah kampung kecil di Malaysia. Dia tidak pernah mengikuti kata-kata ibu bapanya. Dia selalu dimarahi oleh gurunya di sekolah kerana tidak mengikuti peraturan. Walau macammanapun dia tidak berubah. Kawan-kawannya semua memanggilnya hati batu tetapi dia masih tidak berubah. Afiq seorang budak yang sangat degil.
Lembu punya susu , sapi punya nama
Ali adalah seorang budak dari Sekolah Rendah Jurong. Di sekolah itu Ali ada kawan yang bernama Ahmad. Mereka selalu pergi ke sekolah bersama-sama. Perangai Ahmad sangat baik. Dia suka menolong orang. Perangi Ali tidak bagus kerana dia suka menyuruh Ahmad membuat kerjanya. Pada suatu hari, Cikgu menyuruh mereka membuat projek mengenai rakyat Singapura secara individu. Ali tidak membuat projeknya tetapi dia menyuruh Ahmad membuatnya. Cikgu memuji Ali kerana membuat kerjanya dengan baik. Ali berasa bangga mendengar pujian cikgunya walaupun itu Ahmad yang sebenarnya patut mendapat pujian seperti peribahasa, lembu punya susu sapi punya nama.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home