Hanyut
Salleh,seorang remaja yang telah ditangkap oleh polis kerana mengambil dadah dan terlibat dalam beberapa pergaduhan. Dia selalu mencuri duit ibu bapanya untuk membeli dadah. Salleh juga menjual VCD haram untuk mendapat wang.
Salleh tidak pernah dengar cakap ibu bapanya. Dia akan membuat apa sahaja untuk mendapat duit untuk membeli dadah. Dia berhenti sekolah di menengah tiga. Dia juga berkawan dengan budak nakal pada masa itu. Dia tidak mahu belajar dan mahu bersuka-ria sahaja selepas mendapat kawan-kawan barunya. Dia telah beberapa kali ditangkap polis tetapi masih tidak berubah. Dia juga pergi ke kelab malam dan minum arak.
Salleh pernah membuat maksiat semasa dia pergi ke kelab malam. Dia pun terpaksa berkahwin kerana telah membuat seorang perempuan mengandung. Selepas dia berkahwin,dia mula mencuri dan menjual lebih banyak VCD haram dari dulu. Dia terpaksa membuat demikian untuk mendapat duit. Isterinya juga selalu memarahinya kerana dia masih pergi ke kelab malam.
Setelah Salleh mendapat anak, dia pun mula insaf kerana risau anaknya mengikuti jejak langkahnya. Dia terus mencari kerja dan berhenti membuat kerja-kerja yang tidak baik. Dia pergi ke pusat pemulihan dadah untuk berhenti menagih dadah. Dia tidak pernah membuat jahat lagi sejak hari itu.
Oleh: Azhar Pr. 6C
0 Comments:
Post a Comment
<< Home