Hanyut
Hanyut bermakna dibawa pergi jauh-jauh. Contohnya, jika kamu jahat, dan tidak berubah atau tidak mendengar nasihat ibu bapa dan kamu akan hanyut sehingga menjadi orang yang tidak berguna.
Di sini saya ingin ceritakan tentang remaja-remaja yang hanyut dengan perbuatan yang tidak baik. Remaja-remaja sekarang suka bergaul bebas antara lelaki dan perempuan dan suka membuat perkara yang tidak baik seperti merokok, meminum arak atau mengambil dadah. Semua perbuatan ini tidak bagus kerana ia merendahkan akhlak kita sebagai remaja berbangsa Melayu. Perbuatan merokok, meminum arak atau mengambil dadah boleh membuat kamu hanyut kalau tidak mendapat pertolongan.
Jika kamu meminum arak, kamu akan mabuk dan tidak boleh mengawal diri. Kamu akan membuat perkara yang tidak harus dibuat seperti memukul orang dan sebagainya. Jika kamu mengambil dadah, kamu akan menyakiti sistem badan kamu dan akan menjadi penagih. Apabila sudah ketagih dadah, kamu akan inginkannya setiap hari dan memerlukan wang untuk membeli dadah. Jika kamu tidak mempunyai wang, kamu akan mencuri atau merompak. Dengan jelas sekali, semua perbuatan buruk ini mengakibatkan perbuatan buruk yang lain.
Di sini saya ingin menasihati remaja-remaja yang sudah hanyut supaya mereka berubah perangi mereka dan mendapat nasihat daripada mana-mana badan kebajikan atau ibu bapa. Jika tidak, kamu akan menjadi remaja yang tidak berguna kepada negara dan masyarakat.
Oleh: Siti Nadhirah Pr.6G

0 Comments:
Post a Comment
<< Home