warnasari bahasa

Wednesday, January 04, 2006

Khabar Angin

Di dalam sebuah kampung, ada seorang budak bernama Arif. Dia berasal dari sebuah keluarga yang miskin. Dia menolong ayahnya bekerja di dusun buah-buahan mereka. Arif menolong ayahnya membersihkan dusun itu.

Pada satu hari, ada bunyi ketukan di pintu. Arif membuka pintu kerana ibunya sedang memasak di dapur. Apabila dia membuka pintu, kawan bapa Arif berkata, "Orang Belanda telah datang untuk ambil tanah kita! Arif, pergi tolong sampaikan mesej ini kepada Ayah."

Arif fikir itu pasti hanya khabar angin. Arif tidak memberitahu ayahnya.
Esok harinya, kawan Arif sendiri datang dan memberitahunya yang berita itu adalah berita yang tidak benar.



Ambil Angin

Hari itu, Irfan sekeluarga hendak mengambil angin di pantai Changi. Sebelum keluar rumah, ayah Irfan mengangkat gagang telefon yang berdering. Selepas meletakkan gagang telefon, ayah Irfan berkata bahawa datuk Irfan meninggal dunia di Mekkah. Ibu Irfan memberitahu Irfan yang rancangan mereka bersiar-siar di pantai Changi terpaksa dibatalkan. Wajah Irfan menjadi muram kerana dia sangat sayang datuknya.



BUAH MULUT

Alif tidak tahu bermain bola. Dia tidak mahu memberitahu kepada sesiapa hanya kepada kawan baiknya, Azman. Azman tidak boleh menyimpan rahsia.

Keesokan harinya, Azman memberitahu rahsia Alif kepada kawan-kawannya yang lain. Mereka terus mencari Alif untuk mengusiknya. Alif berasa marah kerana kawan baiknya telah memberitahu rahsianya kepada kawan-kawannya. Sekarang rahsia Alif sudah menjadi buah mulut orang. Alif pun pergi mencari Azman untuk memarahinya. Azman segera meminta maaf kepada Alif.

Semenjak hari itu, Alif tidak berkawan dengan Azman.



Harga Mati

Alif dan ibunya sedang berjalan ke pasar. Dia dan ibunya hendak membeli bahan untuk masak makan malam. Ibunya pergi ke kedai untuk membeli daging. Dia cuba memujuk penjual daging itu supaya mengurangkan harga daging itu. Malangnya, penjual daging itu tidak ingin melakukannya kerana harga daging itu harga mati.



Alas Perut

Pada hari Rabu yang lalu, saya ada kelas tambahan di sekolah. Setelah kelas tambahan saya sudah selesai, saya terus pulang ke rumah dengan perut kosong. Tiba di rumah, saya terus berlari ke dapur untuk makan. Saya dapati ibu saya belum lagi masak. Untuk menahan lapar, saya mencari biskut untuk alas perut.



Buah Tangan

Apabila Encik Osman dirawat di hospital, saya sekeluarga melawatnya dan membawa buah tangan. Apabila Encik Osman melihat kami datang, dia berasa sangat gembira kerana dia sudah lama tidak nampak saya sekeluarga. Encik Osman telah mendapat beberapa buah tangan seperti sejambak bunga, biskut dan coklat.

Baik Hati

Juwina adalah seorang murid darjah enam. Apabila dia hendak pulang ke rumah, dia terjumpa dengan seorang nenek tua. Dia pun menolong nenek tua itu dengan mengangkatkan bakulnya.

Keesokannya, semasa Juwina hendak pergi ke sekolah, dia terjumpa lagi dengan nenek tua itu. Sekarang nenek tua itu mengangkat banyak barang. Dia terus menolong nenek tua itu.

Lusanya, Juwina mendapat sebuah hadiah yang besar. Dia berasa amat hairan menerima hadiah itu. Guru besar menerangkan kepadanya bahawa dia sungguh baik hati untuk menolong nenek tua itu dan nenek tua itu membalas jasanya dengan membelikannya hadiah.



AMBIL HATI

Ada seorang budak bernama Ikram. Dia bersekolah di Sekolah Rendah West Grove. Ikram ialah seorang budak yang sopan dan baik. Ibu Sulaiman sangat suka dengan Ikram kerana dia suka tolong-menolong. Pada suatu hari kawan baik Sulaiman dipukul oleh murid sekolah menengah. Ikram ambil hati dengan kelakuan murid sekolah menengah itu kerana kawan baik Ikram tidak bersalah.



Berat Sebelah

Anwar seorang lelaki yang bekerja di kopitiam. Kopitiam itu adalah kedainya. Kedainya terdapat macam-macam jenis makanan. Dia jarang datang ke kedainya untuk menolong pekerjanya. Suatu hari, dia berat sebelah apabila memberi gaji pada pekerjanya. Dia memotong gaji beberapa pekerja tanpa alasan yang baik. Pekerja yang dia suka diberi gaji yang lumayan manakala pekerja yang dia tidak suka dipotong gaji mereka. Lama-kelamaan, semakin ramai pekerjanya yang berhenti kerja kerana tidak mahu bekerja dengan orang yang berat sebelah dan tidak adil.




KERAS HATI

Alif, seorang murid yang belajar di Sekolah Rendah West Grove. Dia selalu menghadiri kelas tambahan dan aktiviti korikulum yang diberikan oleh cikgunya kerana dia seorang murid yang lemah dalam pelajaran.

Sampai sahaja di rumah, Alif akan menghabiskan masanya mengulangkaji pelajarannya. Dia jarang keluar bermain dengan kawan-kawannya kerana tidak mahu membuang masa. Walaupun dia disuruh ibunya untuk bermain, Alif tetap berkeras hati untuk terus mengulangkaji pelajarannya. Dia tidak mahu gagal dalam peperiksaan.


Batu Api

Amir suka menghasut dan melaga-lagakan rakan-rakannya yang lain sehingga berlaku pergaduhan dan pertengkaran. Semua rakan-rakannya tidak suka berkawan dengannya. Dia suka mencemburukan kawannya. Pada hari itu, rakan Amir yang dihasut olehnya sudah mendapat tahu yang Amir menipunya dan telah menjadi batu api semua pertengkarannya dengan kawan-kawan yang lain. Rakannya itu sudah tidak lagi percaya dengan Amir lagi.



Berat Tangan

Ali seorang murid Sekolah Rendah Boon Lay. Dia suka bermain dengan rakannya tetapi dia tidak suka menolong orang.

Pada suatu hari, ibunya hendak masak lauk asam pedas, tetapi dia tiada minyak. "Ali, boleh kamu tolong?” tanya ibunya.

"Saya malas, kalau hendak sangat minyak, belilah sendiri!" jawab Ali kepada ibunya.

Ibunya sangat marah kepadanya. Ibu Ali berpesan agar dia rajin menolong orang dan jangan menjadi orang yang berat tangan.

Tuesday, January 03, 2006

Bodoh Sombong

Ali adalah seorang murid yang sederhana pencapaiannya. Pada suatu hari, dia diberi satu kerja sekolah oleh gurunya yang bernama Cikgu Osman. Dia tidak tahu bagaimana hendak membuat kerja sekolahnya itu. Dia tidak mahu bertanya orang yang tahu macam mana hendak membuat kerjanya itu. Apabila dia memberi hasil kerjanya kepada gurunya, gurunya berkata bahawa dia bodoh sombong kerana tidak tahu membuat kerjanya tetapi enggan bertanya. Ali berjanji kepada gurunya yang dia akan bertanya jika tidak tahu membuat kerja dan tidak akan menjadi seseorang yang bodoh sombong lagi.


BERAT MULUT


Anuar adalah seorang murid di Sekolah Rendah West Grove. Dia adalah murid yang berat mulut dan tidak suka bercakap dengan orang. Dia suka menarik diri dan selalu bersendirian. Ibu bapanya sangat khuatir tentang anak mereka. Anuar tiada sahabat yang menemaninya di sekolah kerana dia tidak suka bercakap dengan orang.

Ada Hati

Ani adalah seorang murid darjah enam. Dia adalah anak yang baik. Setiap hari, selapas waktu sekolah, dia akan terus balik rumah. Dari kecil, Ani bercita-cita untuk menjadi guru. Jadi, dia belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi murid yang cemerlang. Ani mahu mencapai cita-citanya, membanggakan ibu bapanya dan menjadi anak yang soleha. Ibu Ani sangat bangga kerana mendapat anak yang baik. Kadangkala, rakan Ani mengajaknya untuk bersiar-siar tetapi Ani lebih selesa belajar di rumah. Ani bersedih kerana tiada adik-beradik tetapi bapanya menasihatinya supaya belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan PSLE.

Sambil Menyelam Minum Air

Syafiqah seorang anak yang rajin. Dia selalu menolong ibunya mengemas rumah. Shafiqah juga rajin membuat kerja sekolahnya walaupun susah atau banyak.

Pada suatu hari, ibu Syafiqah telah jatuh sakit. Apabila pulang dari sekolah, Syafiqah terus mandi dan mengemas rumah. Setengah jam kemudian, dia mula membuat kerja sekolahnya. Apabila Syafiqah sudah penat berfikir untuk menyelesaikan kerja sekolahnya, dia berehat dengan mengemas rumahnya dan menyediakan makan malam untuk keluarganya.

Pada petang itu, Syafiqah berehat bersama keluarganya. Dia gembira kerana dia telah dapat melengkapkan kesemua kerja sekolah yang diberi gurunya dan pada masa yang sama, membuat kerja rumah yang tidak dapat dihabiskan ibunya yang sakit.

Seperti Kerbau Dicucuk Hidung

Hakim seorang murid baru di dalam Sekolah Rendah West Grove. Guru darjahnya telah menyuruh tiga murid kelasnya, Farhan, Shahrul dan Shawn berkawan dengan Hakim.

Pada suatu hari, mereka berempat berjumpa di sebatang sungai yang berdekatan dengan rumah Hakim. Shahrul telah merancang untuk mencabar Hakim.

“Eh Hakim! Kalau kau nak masuk kumpulan kami, kau mesti berenang di dalam sungai ini,” Shahrul berkata.

“Berenang? Aaa… bolehlah!” Hakim menjawab. Mereka tidak tahu yang air sungai itu sangat dalam dan Hakim tidak pandai berenang.

Hakim membuka kasut dan bajunya lalu terjun ke dalam sungai. Beberapa minit kemudian, selepas Hakim telah terjun ke dalam sungai, kepala Hakim tidak kelihatan juga. Ketiga-tiga orang kawannya tadi memekik kepada Hakim menyuruhnya dia keluar dari sungai itu.

“Hakim! Boleh keluarlah! Kau dah dalam kumpulan kami!” Farhan memekik. Hakim masih tidak kelihatan.

Malam itu, Shawn, Shahrul dan Farhan mendapat tahu daripada ibu bapa mereka yang Hakim telah mati lemas akibat mengikut arahan mereka tanpa berfikir dahulu.