warnasari bahasa

Thursday, March 23, 2006

Karangan WGPS P2 - P6

Kawan Baik Saya

Saya ada seorang kawan baik. Namanya ialah Shahrul. Kami selalu bermain bola. Kami suka makan roti canai. Kami juga suka minum air coke. Kami bermain pada masa lapang. Dia tinggal di Jurong West St.72 di tingkat dua. Dia sekarang di darjah dua. Saya berasa gembira kerana saya ada kawan baik.

Ahmad Yazid 2D


Keluarga Saya

Nama saya Ellysha Natasha. Keluarga saya kecil. Nama ayah saya ialah Mahadi Bin Juhari. Nama ibu saya Nor AShrena Binti Abdul Rahim. Nama kakak saya ialah Nurul Ashlynn. Dia bersekolah di Sekolah Rendah West Grove. Ayah saya bekerja sebagai pemandu teksi. Ibu saya bekerja di Tanjong Pagar. Kegemaran kami sekeluarga ialah bermain badminton. Kami suka makan pizza. Saya suka akan keluarga saya itu.

Ellysha Natasha 2E


Datuk Saya

Saya ada seorang datuk. Datuk saya sudah tua. Namanya ialah Akwan.Umurnya tujuh puluh tahun. Dia suka memandu teksi. Dia suka bergurau bersama cucu-cucunya. Dia suka minum air the tarik. Dia juga suka memakai songkok dan cermin mata. Saya sayang kepadanya.

Siti Nur’Lijah 2F


Kawan Baik Saya

Saya ada seorang kawan baik. Namanya Rinnie. Umurnya lapan tahun. Dia seorang budak yang baik. Dia tinggal di Jurong West Street 73. Dia suka menolong saya. Dia suka makan mi rebus dan minum air ‘milo Dinasour’. Dia juga suka warna kuning.
Nuraziqah 2I


Datuk Saya

Saya ada seorang datuk. Datuk saya sudah tua. Umurnya tujuh puluh tahun. Dia suka memonton televisyen. Rambutnya putih dan pendik. Dia suka minum kopi. Makanan kegemarannya ialah nasi ayam. Nama datuk saya ialah Abdullah.

Md.Zulhusni 2H


Peraduan Melukis

Faisal sangat gemar melukis. Gambar yang dilukis oleh Faisal sangat cantik. Teman-teman sekolahnya memuji Faisal apabila melihat lukisan itu. Ahmad, teman baik Faisal ingin belajar melukis darinya agar dia dapat melukis dengan baik. Di sekolah pada hari itu, telah diadakan peraduan melukis. Murid-murid yang ingin mengambil bahagian disuruh mendaftarkan diri. Faisal dengan senang hati mendaftarkan dirinya. Faisal melukis dengan bersungguh-sungguh. Di akhir pertandingan itu, Faisal telah menang. Dia sangat gembira.

Ungku Nurul Atiqah 2G


Peraduan Melukis

Hari ini kawan kami mengambil bahagian dalam peraduan melukis. Kawan-kawan saya melukis gambar binatang-binatang dan bunga-bunga. Saya melukis gambar bunga ros. Kami melukis gambar dengan bersungguh-sungguh. Roslinda sedang memengut sampah. Munirah pula menyapu lantai. Faisal sedang menggantung gambar kucing di atas papan kenyataan. Hari ini, kami semua gembira. Kawan saya, Farid telah memenangi hadiah pertama dalam peraduan melukis itu.

Shareefah Fadhilan 2I


Kegemaran Saya

Kegemaran saya ialah mengumpul setem dan pelekat. Saya mengumpul setem itu pada hujung minggu. Setem-setem dan pelekat-pelekat itu berwarna-warni. Harganya ialah lima puluh sen. Ibu yang membelikan pelekat-pelekat itu untuk saya. Ayah pula, membelikan setem-setem itu. Saya berasa sangat gembira dan seronok apabila dapat mengumpul setem dan pelekat.

Nurul Sheefa 2B


Permainan Kegemaran Saya

Saya suka bermain kereta mainan. Kereta mainan saya ada control. Ibu membelikan saya kereta mainan itu. Saiz kereta mainan saya sederhana sahaja. Saya akan berasa sedih jika kereta mainan saya rosak kerana kereta mainan itu mahal harganya.

Amalya 2H


Binatang Yang Saya Suka

Binatang yang saya suka ialah kucing. Saya suka kucing kerana binatang ini sangat jinak. Kucing itu tinggal di rumah saya. Muka kucing itu comel. Ekornya panjang dan bulunya lebat. Saya akan berasa sedih jika kucing saya mati. Namun, saya tabah menghadapinya kerana setiap yang hidup pasti akan mati.

Farahin 2H


Kawan Baik Saya

Saya ada seorang kawan baik. Namanya ialah Aishah. Dia suka menolong saya apabila saya dalam kesusahan. Dia minat sangat hendak menjadi seorang guru. Pada hujung minggu, kami keluar bermain bersama-sama. Dia suka bermain dengan anak patungnya. Saya gembira apabila berjumpa dengannya. Umurnya ialah lapan tahun. Warna kulitnya sawomatang. Dia suka warna pelangi.

Dia tinggal di Jurong West. Dia budak yang pendek dan gempal. Dia adalah seorang kawan yang baik.

Siti Nur Aisyah 3G


Makanan Kegemaran Saya

Saya gemar makan makanan yang sedap.Saya suka makan nasi-nasi dan mi.Saya juga gemar makanan yang sejuk seperti aiskrim. Aiskrim sangat manis dan sejuk.

Nasi-nasi yang saya suka ialah nasi lemak, nasi ayam, nasi campur, nasi goreng dan nasi briyani. Lauk-pauknya pula ialah ketam, ikan bawal dan sotong.

Makanan barat yang saya suka pula ialah kentang goreng. Saya suka makanan ini kerana rasanya sedap.

Maisarah 3I


Hobi Saya

Hobi saya ialah berenang. Saya pergi berenang bersama saudara-mara saya. Saya selalu pergi ke Wild Wild Wet semasa waktu lapang. Saya juga gemar menaiki basikal.

Bermain badminton juga adalah satu lagi hobi saya. Saya selalu bermain badminton pada hujung minggu. Saya akan bermain badminton bersama abang saya. Bermain badminton sangat menarik. Ia boleh membuat badan saya sihat. Saya sangat gembira apabila dapat berenang dan bermain badminton.

Siti Aishah 3I


Cita-cita Saya

Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. Saya selalu mengajar adik saya di rumah tetapi adik saya tidak mahu mendengar apa yang saya ajar. Kalau boleh saya mahu mengajar semua orang jika saya sudah besar nanti.Saya harus belajar bersungguh-sungguh jika saya mahu menjadi seorang guru.

Kalau saya tidak jadi seorang guru, saya ingin menjadi seorang inspektor polis. Saya mahu menangkap orang jahat. Saya selalu bermain polis dan orang jahat di rumah bersama adik-beradik saya. Kalau hendak menjadi seorang inspektor polis, saya haruslah berusaha dari sekarang. Saya harus tegas dan berani jika saya ingin menjadi seorang inspektor polis.

Saya harap suatu hari nanti cita-cita saya akan tercapai.

Nur Farhana 3H


Tikus Menolong Burung Merpati

Pada hari Ahad yang lalu, ada seorang pemburu pergi ke hutan untuk menangkap burung-burung merpati. Pemburu itu mengambil jaring dan padi untuk diberi kepada burung-burung itu.

Setelah ditangkap di dalam jaring, ketua merpati menyuruh mereka terbang setinggi mana yang mereka boleh untuk melepaskan diri.

Apabila burung merpati sampai ke sebuah bukit, burung-burung itu semua meminta tolong. Apabila mereka meminta tolong, tiba-tiba datang seekor tikus yang baik.

Ketua merpati meminta tikus itu menggigit jaring itu dan membebaskan mereka. Burung-burung merpati semua berterima kasih kepada tikus kerana menolong mereka.

Nur Asfarina 3I


Berkelah di luar negeri

Hari yang menggembirakan saya ialah ketika saya ke luar negara. Negara yang saya sangat suka untuk pergi berkelah ialah di Malaysia.

Selepas saya pulang dari sekolah, saya meletakkan beg saya di almari lalu berehat. Ketika ayah pulang dari pejabatnya, ayah berkata kepada semua ahli keluarga termasuklah nenek kesayangan saya. Ayah membawa kami sekeluarga ke Malaysia sepanjang cuti sekolah ini. Saya melonjak penuh dengan gembira. Saya terus menukar pakaian untuk berkelah. Saya, dengan segera, menukar baju dan mengemas pakaian ke dalam sebuah yang besar untuk mengisi pakaian saya.

Saya membawa pakaian yang perlu dibawa untuk berkelah. Tetapi hari ini istimewa. Ayah membawa nenek saya sekali ke Malaysia. Saya melonjat dalam kembiraan. Saya akan berkelah di kampung nenek saya. Saya tidak sabar untuk ke tempat tersebut.Sampai sahaja di kampung tersebut, saya dengan segera , berlari ke bilik saya dan melonjat ke atas katil. Berkelah di kampung ialah peristiwa yang tidak boleh saya lupakan dalam fikiran saya.

Saya pun menolong ayah mengangkat beg-beg yag dibawa oleh kami ke dalam bilik. Saya berasa berpuas hati ke situ. Saya pernah ke situ sekali sahaja. Pada waktu itu, saya masih kecil lagi.

Keesokan harinya, saya bangun dari pada pukul enam pagi untuk mndapatkan udara yang segar. Saya bercuti di situ selama seminggu. Saya tidak boleh melupakan peristiwa ini.


Pergi ke Pulau Sentosa

Dua tahun lalu, saya sekeluarga ke Pulau Sentosa. Saya berasa sangat gembira. Saya melompat kesukaan. Saya menyediakan beg dan barang-barang yang mustahak. Saya bangun dari tidur pada pukul lapan pagi. Ibu menyediakan roti tuna dan air berkotak sebagai bekalan. Sebelum kami ke Pulau Sentosa, kami ke Pusat Makanan Harbour Front untuk bersarapan.

Sesudah sampai di Sentosa, ayah membeli tiket untuk ke Under Water World. Di Under Water World, terdapat banyak jenis ikan seperti ikan yu, pari dan banyak lagi. Saya mengambil gambar ikan-ikan tersebut. Tiket tersebut boleh digunakan untuk ke Dolphin Lagoon. Sungguh cerdik ikan lumba-lumba itu! Ia boleh menari mengikut rentak lagu dan melambai-lambaikan ekornya.

Saya sekeluarga menaiki monorail sebanyak tujuh kali kerana ingin melihat seluruh keindahan Sentosa. Kami tidak sempat berkelah dan bermandi-manda kerana hujan lebat. Kami terpaksa pulang tetapi berasa sangat puas. Mungkin saya sekeluarga akan ke sana lagi tetapi tidak akan dapat menaiki monorail lagi.

Ryan Azalee 4E


Bercuti Bersama Keluarga

Jam sepuluh pagi, 3 Disember 2005, saya sekeluarga dan makcik sekeluarga telah pergi bercuti ke Sedili, Kota Tinggi, Johor. Ayah memandu ke sana. Dalam perjalanan ke sana,kita harus berhenti di Pemeriksaan Kastam supaya pasport kami dicop.

Setibanya saya di chalet itu,ayah mengambil kunci dari seorang penyambut tamu. Ayah membuka pintu dan saya lihat ada dua katil, sebuah peti televisyen dan sebuah cerek pemanas air. Bilik itu berhawa dingin.

Pada hari yang kedua, saya bermandi-manda di laut. Saya dan sepupu saya sungguh gembira. Selepas itu, kami makan tengah hari di sebuah restoran kecil di situ.

Kami menaiki feri untuk ke sebuah pulau bernama Sedili Besar. Untuk menaiki feri itu, kami harus membayar tambang satu ringgit untuk orang dewasa dan empat puluh sen untuk kanak kanak. Saya dapat bermain dengan beberapa ekor kambing di situ. Di pulau itu, ada sebuah masjid.

Kami pulang ke Singapura pada hari yang ketiga. Saya harap dapat ke sana lagi kerana tempatnya sangat menarik dan amat menyeronokkan.

Infadzah Humairah 4G


Lewat ke sekolah

Azman ialah budak yang pemalas. Dia digelar berat tulang di kelasnya. Ibu bapanya menurut kehendaknya kerana dia seorang anak tunggal dan anak emas. Dia sudah beberapa kali lewat ke sekolah tetapi dia tidak pernah ditangkap oleh guru. Dia tidak mengubah perangainya.

“Kring! Kring!” Loceng jam Azman berbunyi.

“Man!” ibunya memekik. ”Bangun Maaan!”

Azman menarik selimut lalu tidur lagi. Dia tidak takut dengan guru disiplin kerana dia sudah mengumpul banyak alasan di dalam akalnya. Walaupun pemalas, dia pandai memberi alasan. Apabila dia terbangun, dia terkejut kerana jamnya menunjukan pukul tujuh pagi. Matahari pun sudah terbit.

Dia kelam-kabut bergegas ke tandas lalu mencuci muka dan menggosok gigi. Dia tidak sempat mandi. Dia masih mengantuk kerana dia tidur pada pukul satu pagi untuk menonton televisyen. Dia kelam-kabut memakai sepasang kasut sekolahnya. Dia terus merampas begnya dari ibu dan berlari ke sekolah.

Baju seragamnya basah kuyup. Titisan-titisan peluh menitis dari dahinya. Dia berasa takut apabila pegawai keselamatan menutup pintu-pintu masuk sekolah.

Dia bergegas ke kelasnya kerana murid-murid tiada di dewan sekolah. Apabila dia sampai ke kelasnya, gurunya tidak membenarkannya menduduki ujian kerana semua sudah diberi amaran supaya tidak lewat ke sekolah.

Oleh kerana perangainya, dia gagal dalam ujian itu. Dia berasa menyesal dan bertekad untuk mengubah perangainya yang buruk itu.

Ryan Azalee 4E


Hadiah Istimewa

Inilah hari yang paling menggembirakan. Sewaktu saya berusia lapan tahun saya sentiasa hendak seekor kucing. Setiap hari saya bertanya ibu bapa, “Bolehkah saya memelihara seekor kucing?’’ Mereka akan menggelengkan kepala sahaja .

Saya berasa amat sedih. ‘Ding! Ding!’ Jam berbunyi. Saya bersiap untuk ke sekolah. Bapa saya menghantar saya ke sekolah. Hati saya masih lagi berasa amat berat. Setiba di sekolah, saya dan kawan-kawan saya berlari ke kelas secepat mungkin. Semasa waktu untuk melukis, guru saya meyuruh murid-murid melukiskan seekor binatang. Saya melukis seekor kucing.

Guru saya pun bertanya, “Siti! Mengapa kamu sentiasa melukis seekor kucing?”

Saya pun menjawab , ‘Itulah apa yang saya sentiasa inginkan .’

“Hooray! Sudah boleh balik!’ kata rakan-rakan saya dengan girang.

Saya berlari ke pintu pagar sekolah. Saya menunggu bapa saya. Sudah dua minit saya menanti.

Tiba-tibanya bapa saya menarik saya masuk ke kereta lalu berkata, “Maafkan bapa, bapa pergi mengambil ibumu dari kerja dan dia membawa pulang sesuatu yang kamu selalu inginkan.”

Saya terfikir barang itu anak patung sahaja atau apa yang saya inginkan. Setiba di rumah, saya berlari masuk ke rumah dan ternampak…seekor kucing!

Saya bertanya, “Ibu terima kasih! Di mana ibu mendapat kucing ini?”

Ibu saya menjawab, “Ibu menjumpainya di tempat kerja ibu. Dia sedang mencari ibu dan abangnya tetapi mereka tidak ada di situ lagi.”

Sekarang anak kucing itu sudah mempunyai keluarga baru. Pintu hati saya dicuit kegembiraan.

Siti Nur Aishah Junaidi P6


Peristiwa Paling Gembira

Pada tanggal 23hb Jun 2005 yang lalu adalah hari yang paling menggembirakan bagi saya kerana saya sekeluarga ke Genting. Kami keluar dari rumah dalam pukul tujuh pagi untuk ke Boon Lay. Kami ke Genting dengan menaiki Bas Ekspres dari Boon Lay. Dalam pukul lapan pagi, kami sudah berangkat dari Boon Lay untuk ke Genting. Perjalanan kami ke Genting agak jauh dan memakan masa lebih kurang enam jam. Dalam perjalanan kami ke Genting, kami berhenti sebentar untuk makan tengahari. Kami diberi setengah jam sahaja untuk makan.

Hati saya berasa bedebar-debar dan melonjak dengan penuh kegembiraan kerana kami akan sampai ke Genting dalam beberapa jam kemudian. Saya selalu mendengar dari kawan saya mengenai betapa hebatnya Genting dan bagaimana tempatnya menarik dan ada banyak permainan yang boleh dinaiki. Di sana cuacanya sangat sejuk kerana ia terletak di atas gunung. Tepat pada pukul satu petang, kami sampai di Genting. Kami menginap di First World Hotel.

Apabila saya sampai di sana, saya tidak menduga sama sekali bahawa keadaannya sangat canggih dan ada dua taman permainan yang sangat besar di luar dan di dalam kawasan hotel tempat saya tinggal. Saya berada di sana selama tiga hari.

Selama dua hari, saya menghabiskan masa dengan bermain di situ. Di taman permainan itu ada dua parmainan yang saya suka iaitu ‘RollerCoaster’ dan ‘Space Shot’. Saya suka menaiki ‘RollerCoaster’ kerana ia bergerak dengan cepat dan melalui kawasan membeli-belah di hotel itu. Saya juga menaiki ‘Space Shot’ kerana pertama, ia mempunyai ketinggian enam meter dan saya dapat rasa seperti berada di atas awan. Kedua, saya boleh melihat seluruh Genting dengan jelas.

Kami pulang ke Singapura pada tanggal 25hb Jun 2005, pada pukul sepuluh malam. Saya berasa seperti hati saya terpahat dengan kegembiraan kerana dapat pergi ke Genting dan saya harap saya boleh ke sana lagi. Inilah peristiwa yang paling gembira bagi saya sehingga hari ini.


Hari Lahir Yang Paling Menggembirakanku

Hari ini hari yang buat aku gembira kerana hari ini hari jadiku. Aku berasa sangat gembira kerana aku akan mendapat banyak hadiah. Hatiku melonjat penuh kegembiraan. Ibu dan ayah ke pasar hendak membeli barang-barang untuk dimasak petang ini.

Apabila saudaraku datang ke rumahku, bibirku terukir senyuman yang manis. Aku tidak tahu ibu bapaku menjemput saudara-saudaraku hanya untuk menyambut hari jadiku.

Aku pergi kepada ibu dan ayah dan mengatakan, “Terima Kasih ibu dan ayah kerana sudi menyambut hari jadiku.”

Aku terdengar suara yang kecil berkata, “Selamat hari jadi kakak.”

Apabila aku terdengar suara itu, senyumanku semakin lebar. Tetamu bertepuk riang apabila mereka menyanyi lagu hari jadi untukku. Aku mendapat hadiah yang sudah lama aku inginkan. Aku bagaikan tidak percaya yang aku mendapat hadiah itu. Sebahagian tetamu menghadiahkan aku duit. Dalam hatiku, aku berfikir hendak membeli barang sekolahku dengan duit tersebut.

Aku dan saudara-saudaraku masuk ke dalam bilikku. Apabila aku terdengar yang mereka hendak membawa ke ‘Wild Wild Wet’ di Pasir Ris, aku bertambah gembira.

Hari pun sudah malam. Mereka harus pulang. Aku salam mereka dan mengucapkan terima kasih kerana susah-payah datang ke majlisku.

Aku terus masuk ke bilikku dan baring di atas katilku. Aku berasa sangat penat. Aku tidak dapat melupakan peristiwa yang paling menggembirakanku


Hadiah Yang Tidah Disangka

Hari yang paling gembira buat saya ialah apabila saya mendapat berita peperiksaan tahun lalu. Markah untuk mata pelajaran Matematik saya selama ini selalunya sangat rendah. Tetapi pada tahun lepas, saya tidak menduga sama sekali yang saya boleh lulus dalam mata pelajaran itu. Mulanya, saya sudah tawar hati untuk mempelajari mata pelajaran itu kerana setiap tahun tidak pernah lulus.

Ibu berjanji sekiranya saya lulus, ibu akan memberi hadiah istimewa kepada saya. Rupa-rupanya hadiah itu memang istimewa. Saya fikirkan ibu akan belikan telefon bimbit atau radio untuk saya. Rupa-rupanya hadiahnya ialah adik angkat yang baru lahir dari keluarga yang telah ada ramai anak dan hidup susah.

“Sebab itu ibu mahu mengambilnya sebagai anak angkat dan adik angkat pula kepada kamu,” kata ibu.

Saya terima adik saya itu dengan tangan terbuka walaupun saya tahu dia bukan darah daging saya. Itu lah peristiwa yang paling gembira yang tidak dapat saya lupakan dalam hidup saya kerana yang sememangnya selama ini saya tidak mempunyai adik. Saya berterima kasih kepada ibu dan ayah saya selama ini kerana mereka prihatin kepada saya.

Fatin Liyana P6


Menyambut Kepulangan Orang Tua

“Kring!Kring!Kring!” Jam loceng Lin berbunyi dengan kuat. Lin terus bangkit dari tidurnya dan keceriaan terpancar di wajahnya. Dia tahu pada hari itu kedua orang tuanya akan pulang dari Mekah setelah menunaikan Haji. Dia mahu sahaja menjerit kegembiraan sampai serak suaranya tetapi dia bagaikan tidak percaya. Tanpa membuang masa, Lin terus membersihkan tubuhnya dan menuju ke dapur untuk menghidangkan makanan-makanan yang sangat lazat.

Dia mengambil telefon bimbitnya dan menelefon kawan-kawan dan saudara-maranya untuk makan malam bersama-sama. Pintu hatinya diketuk dengan penuh kegembiraan dan tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaannya. Lin terus mencapai beg sekolahnya dan keluarkan buku novel yang dipinjam di perpustakaan sekolah. Jalan cerita novel itu serupa dengan kisah kehidupannya yang dia sudah alami.
“Kring! Kring! Kring!” Jam loceng berbunyi pada pukul 6 petang dan senyuman Lin semakin lebar. Lin terus bersiap-sedia untuk ke Lapangan Terbang Changi untuk menjemput kedua orang tuanya pulang. Apabila kedua orang tuanya sudah kelihatan, Lin berasa terlalu gembira sehingga menitiskan air mata.

Mereka pun pulang dan mereka berasa sangat terperanjat kerana kawan-kawan dan saudara-mara Lin datang dengan senyap-senyap.

“Siapalah yang jemput mereka semua ini makan malam?” tanya kedua orang tuanya.

“Lin yang jemput mereka dan merancang untuk makan malam bersama-sama.” jawab Lin.

Kepulangan ibu bapa Lin itulah satu peristiwa yang paling menggembirakan hati Lin sehingga hari ini.


Hanyut

Salleh, seorang remaja yang telah ditangkap oleh polis kerana mengambil dadah dan terlibat dalam beberapa pergaduhan. Dia selalu mencuri duit ibu bapanya untuk membeli dadah. Salleh juga menjual VCD haram untuk mendapat wang.

Salleh tidak pernah dengar cakap ibu bapanya. Dia akan membuat apa sahaja untuk mendapat duit untuk membeli dadah. Dia berhenti sekolah di menengah tiga. Dia juga berkawan dengan budak nakal pada masa itu. Dia tidak mahu belajar dan mahu bersuka-ria sahaja selepas mendapat kawan-kawan barunya. Dia telah beberapa kali ditangkap polis tetapi masih tidak berubah. Dia juga pergi ke kelab malam dan minum arak.

Salleh pernah membuat maksiat semasa dia pergi ke kelab malam. Dia pun terpaksa berkahwin kerana telah membuat seorang perempuan mengandung. Selepas dia berkahwin,dia mula mencuri dan menjual lebih banyak VCD haram dari dulu. Dia terpaksa membuat demikian untuk mendapat duit. Isterinya juga selalu memarahinya kerana dia masih pergi ke kelab malam.

Setelah Salleh mendapat anak, dia pun mula insaf kerana risau anaknya mengikuti jejak langkahnya. Dia terus mencari kerja dan berhenti membuat kerja-kerja yang tidak baik. Dia pergi ke pusat pemulihan dadah untuk berhenti menagih dadah. Dia tidak pernah membuat jahat lagi sejak hari itu.

Azhar Pr. 6C


Hanyut

Hanyut bermakna dibawa pergi jauh-jauh. Contohnya, jika kamu jahat, dan tidak berubah atau tidak mendengar nasihat ibu bapa dan kamu akan hanyut sehingga menjadi orang yang tidak berguna.

Di sini saya ingin ceritakan tentang remaja-remaja yang hanyut dengan perbuatan yang tidak baik. Remaja-remaja sekarang suka bergaul bebas antara lelaki dan perempuan dan suka membuat perkara yang tidak baik seperti merokok, meminum arak atau mengambil dadah. Semua perbuatan ini tidak bagus kerana ia merendahkan akhlak kita sebagai remaja berbangsa Melayu. Perbuatan merokok, meminum arak atau mengambil dadah boleh membuat kamu hanyut kalau tidak mendapat pertolongan.

Jika kamu meminum arak, kamu akan mabuk dan tidak boleh mengawal diri. Kamu akan membuat perkara yang tidak harus dibuat seperti memukul orang dan sebagainya. Jika kamu mengambil dadah, kamu akan menyakiti sistem badan kamu dan akan menjadi penagih. Apabila sudah ketagih dadah, kamu akan inginkannya setiap hari dan memerlukan wang untuk membeli dadah. Jika kamu tidak mempunyai wang, kamu akan mencuri atau merompak. Dengan jelas sekali, semua perbuatan buruk ini mengakibatkan perbuatan buruk yang lain.

Di sini saya ingin menasihati remaja-remaja yang sudah hanyut supaya mereka berubah perangi mereka dan mendapat nasihat daripada mana-mana badan kebajikan atau ibu bapa. Jika tidak, kamu akan menjadi remaja yang tidak berguna kepada negara dan masyarakat.

Siti Nadhirah 6G


Sunday, March 05, 2006

Hanyut


Hanyut bermakna dibawa pergi jauh-jauh. Contohnya, jika kamu jahat, dan tidak berubah atau tidak mendengar nasihat ibu bapa dan kamu akan hanyut sehingga menjadi orang yang tidak berguna.

Di sini saya ingin ceritakan tentang remaja-remaja yang hanyut dengan perbuatan yang tidak baik. Remaja-remaja sekarang suka bergaul bebas antara lelaki dan perempuan dan suka membuat perkara yang tidak baik seperti merokok, meminum arak atau mengambil dadah. Semua perbuatan ini tidak bagus kerana ia merendahkan akhlak kita sebagai remaja berbangsa Melayu. Perbuatan merokok, meminum arak atau mengambil dadah boleh membuat kamu hanyut kalau tidak mendapat pertolongan.

Jika kamu meminum arak, kamu akan mabuk dan tidak boleh mengawal diri. Kamu akan membuat perkara yang tidak harus dibuat seperti memukul orang dan sebagainya. Jika kamu mengambil dadah, kamu akan menyakiti sistem badan kamu dan akan menjadi penagih. Apabila sudah ketagih dadah, kamu akan inginkannya setiap hari dan memerlukan wang untuk membeli dadah. Jika kamu tidak mempunyai wang, kamu akan mencuri atau merompak. Dengan jelas sekali, semua perbuatan buruk ini mengakibatkan perbuatan buruk yang lain.

Di sini saya ingin menasihati remaja-remaja yang sudah hanyut supaya mereka berubah perangi mereka dan mendapat nasihat daripada mana-mana badan kebajikan atau ibu bapa. Jika tidak, kamu akan menjadi remaja yang tidak berguna kepada negara dan masyarakat.



Oleh: Siti Nadhirah Pr.6G

Hanyut


Salleh,seorang remaja yang telah ditangkap oleh polis kerana mengambil dadah dan terlibat dalam beberapa pergaduhan. Dia selalu mencuri duit ibu bapanya untuk membeli dadah. Salleh juga menjual VCD haram untuk mendapat wang.


Salleh tidak pernah dengar cakap ibu bapanya. Dia akan membuat apa sahaja untuk mendapat duit untuk membeli dadah. Dia berhenti sekolah di menengah tiga. Dia juga berkawan dengan budak nakal pada masa itu. Dia tidak mahu belajar dan mahu bersuka-ria sahaja selepas mendapat kawan-kawan barunya. Dia telah beberapa kali ditangkap polis tetapi masih tidak berubah. Dia juga pergi ke kelab malam dan minum arak.


Salleh pernah membuat maksiat semasa dia pergi ke kelab malam. Dia pun terpaksa berkahwin kerana telah membuat seorang perempuan mengandung. Selepas dia berkahwin,dia mula mencuri dan menjual lebih banyak VCD haram dari dulu. Dia terpaksa membuat demikian untuk mendapat duit. Isterinya juga selalu memarahinya kerana dia masih pergi ke kelab malam.


Setelah Salleh mendapat anak, dia pun mula insaf kerana risau anaknya mengikuti jejak langkahnya. Dia terus mencari kerja dan berhenti membuat kerja-kerja yang tidak baik. Dia pergi ke pusat pemulihan dadah untuk berhenti menagih dadah. Dia tidak pernah membuat jahat lagi sejak hari itu.


Oleh: Azhar Pr. 6C